Eromanga Sensei (エロマンガ先生)

Eromanga Sensei

 

 

 

 

Eromanga Sensei (エロマンガ先生?) merupakan siri novel ringan ditulis oleh Tsukasa Fushimi dan diilustrasikan oleh Hiro Kanzaki. Novel ringan diterbitkan oleh ASCII Media Works di bawah Dengeki Bunko pada 10 Disember 2013 dan kini mempunyai lapan buah jilid. Siri manga diilustrasikan oleh Rin diterbitkan oleh ASCII Media Works di bawah Dengeki Daioh bermula 24 Mei 2014. 

Ringkasan cerita

Siri ini mengisahkan seorang pelajar sekolah tinggi bernama Masamune Izumi yang merupakan seorang novelis ringan. Masamune sangat berminat menulis sebuah novel sejak sekolah rendah lagi tetapi tidak mempunyai kemahiran untuk melukis. Masamune mendapatkan pertolongan seorang rakan kongsi yang menggunakan nama pena "Eromanga Sensei" sebagai ilustrator dalam novel beliau terkenal dengan lukisan erotik yang menjolokkan mata. Selain mengimbangi keghairahan dan sekolah, Masamune juga seorang penjaga kepada adik tiri perempuannya bernama Sagiri Izumi selepas ibu tiri (ibu Sagiri) dan bapanya meninggal dunia. Kini mereka berdua tinggal di rumah. Masamune bergantung kepada novel ringan untuk kehidupan seharian di rumah. Sagiri yang merupakan seorang hikikomori berkurung di dalam biliknya lebih setahun dan memaksa Masamune sentiasa bawakan makanannya ke biliknya walaupun dengan percubaan beliau untuk memujuk Sagiri meninggalkan biliknya. Ketika bertemu bual di laman sosial, Masamune secara kebetulan mendapat tahu bahawa rakan kongsinya yang bernama pena "Eromanga Sensei" ialah Sagiri. Semenjak itu, hubungan adik-beradik mereka semakin rapat hingga tahap keseronokan yang baru, terutamanya apabila seorang perempuan menyebabkan pergaduhan dengan seorang penulis novel ringan terkenal.

Watak

Masamune Izumi (和泉正宗 Izumi Masamune?)
Disuarakan Oleh: Yoshitsugu Matsuoka[2]
Merupakan watak utama dalam siri ini. Beliau berumur 15 tahun dan merupakan pelajar sekolah menengah tinggi tahun 1. Semenjak di sekolah menengah rendah, beliau sangat meminati menulis novel ringan. Dengan bantuan rakan kongsinya, "Eromanga Sensei" yang merupakan adiknya, Sagiri, jualan novel ringan beliau semakin laris.
Sagiri Izumi (和泉紗霧 Izumi Sagiri?)
Disuarakan Oleh: Akane Fujita[3]
Merupakan watak utama dalam siri ini. Beliau menggunakan nama pena "Eromanga Sensei". Beliau yang berumur 12 tahun ialah seorang pelajar sekolah menengah rendah. Rambut Sagiri berwarna perak seperti orang tua. Sagiri merupakan hikikomori kerana beliau jarang keluar dari biliknya, makan bersendirian (makanannya sering dihidangkan oleh abangnya yang meletakkannya di depan pintu biliknya) dan memonteng sekolah.
Megumi Jinno (神野めぐみ Jinno Megumi?)
Disuarakan Oleh: Ibuki Kido[4]
Merupakan watak sampingan dalam siri ini. Megumi juga merupakan rakan sekelas Sagiri. Dia bersikap ceria, peramah dan mengambil berat mengenai rakannya yang bermasalah. Megumi juga merupakan bekas model amatur.
Elf Yamada (山田エルフ Yamada Erufu?)
Disuarakan Oleh: Minami Takahashi[4]
Seorang novelis muda berumur 14 tahun yang telah berjaya menjual sebanyak 2 juta salinan dalam siri novelnya. Elf merupakan jiran kepada Masamune.
Tomoe Takasago (高砂智恵 Takasago Tomoe?)
Disuarakan Oleh: Yui Ishikawa[4]
Merupakan rakan sekelas Masamune dan juga pekerja sambilan di kedai buku.
Muramasa Senju (千寿ムラマサ Senju Muramasa?)
Disuarakan Oleh: Saori Ōnishi[4]
Merupakan novelis terkenal yang telah menjual sebanyak 14.5 juta salinan siri novelnya dan juga saingan utama Masamune dan Elf. Muramasa jatuh cinta dengan Masamune tetapi cintanya ditolak selepas meluahkan perasaannya.
Ayame Kagurazaka (神楽坂あやめ Kagurazaka Ayame?)
Disuarakan Oleh: Mikako Komatsu
Merupakan penyunting kepada Masamune dan Muramasa.
Chris Yamada (山田クリス Yamada Kurisu?)
Disuarakan Oleh: Seiichirō Yamashita
Merupakan abang dan penyunting kepada Elf.
Kunimitsu Shidō (獅童国光 Shidō Kunimitsu?)
Disuarakan Oleh: Nobunaga Shimazaki
Merupakan salah seorang peserta Tenkaichi-Budoukai, tetapi dia kalah dalam acara tersebut lantaran Masamune memenangi tempat pertama dan dia hanya memenangi tempat kedua.
Amelia Almeria (アメリア・アルメリア Ameria Arumeria?)
Merupakan seorang ilustrator yang menggelarkan dirinya sebagai Eromanga Sensei G (エロマンガ先生G?) dan saingan utama Sagiri.

 HAPPY WATCHHH!!!!!!

0 Response to "Eromanga Sensei (エロマンガ先生)"

Posting Komentar